Suamiku…
Usahlah dikau berasa gusar..
Bilamana kita perlu melalui jalan sukar didalam kehihupan ini..
Kerana kita harus sedar..
Hidup ini tidakkan mudah & sering di uji..
Kuatkanlah semangatmu…
Suamiku…
Suamiku…
Usahlah dikau membisu..
Jika ada rasa terbuku..
Bukankah kita telah ditakdirkan bersatu
Berkongsi rindu dan sendu dihati..
Kerana kita harus tahu..
Betapa beratnya beban menanggung rindu di kala kita berjauhan…
Suamiku…
Suamiku…
Memang tidak mudah..
Untuk memulakan alam baru ini..
Tetapi kita tongkah dengan seribu tabah & semangat..
Dan…semusim sudah kita bersama..
Semua yang pahit jadi indah..
Segala dugaan kita harungi bersama..
Bila haluan kita searah…
Suamiku…
Suamiku…
Menjelang malam ini..
Ingin kupinjam cahaya bintang..
Biar ia menyinar..
Hingga ke siang..Kerana kilaunya adalah….
KASIH SAYANGKU YANG BERGELAR ISTERIMU…
No comments:
Post a Comment